KAMU YANG SUKA SAYA

02 Februari 2011

Broadband Tak Guna

Harapan aku dah hampir putus asa dengan Broadband nie..dahlah cuti 9 hari. dahlah tidak berjalan-jalan. Dahlah kerjenye asyik mengemas rumah. Dahlah asyik tersekat-sekat. Boleh jadi Gilak. 

Hidup perlu perubahan. Aku mahukan perubahan. Aku mahu berubah. Kah!Kah!Kah!ayat tak boleh blah. 

Yang aku dok bebelkan ni adalah pasal line internet yang aku gunakan melalui Berukband aku nih. Macam hampeh!Bosan! dah tak boleh tahan ni. Tunggu habih kontrak bulan Mac ini..aku pasti akan berubah. Berubah kepada yang lain. Padan Muka!

Sebab berukband nilah aku tak boleh berjalan-jalan mencari resepi. Tak boleh baca surat khabar. Tak boleh bermuka-mukabuku. Tak boleh skodeng-skodeng blog kawan-kawan. Maaf. Kadangkala boleh singgah tapi tak boleh tinggalkan jejak. Maaf sekali lagi. Aku rindu sama korang.

Tak sabar nak tunggu Mac. Banyak yang aku perlu buat.

Alin Marlini : Macam nak buat GA Contest. ada yang nak join tak?

3 ulasan:

Yan berkata...

Sign up Unify je..Memang berukband. Selalu akak menyumpah pasal beruk ni.

Fieza79 berkata...

pakai wifi streamyx la..laju je...

broadband mmg lembap..geramm kan..dh penah pakai dulu...hampeh je...

Rozali berkata...

Assalamualaikum Alin

memang patut tukar lain
baru dia orang tahu
kita ada banyak pilihan kan...

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...