KAMU YANG SUKA SAYA

29 Januari 2011

Operation Room

Alhamdulillah...ucapan itu yang mampu aku lafazkan sekarang...setelah hampir 2 bulan lebih kaki adik Qayyum pakai area tv tu...yang Mama tengok sangat kasihan..sangat merimaskan.


Macam biasa...adik Qayyum sebelum masuk bilik pembedahan..selalunya dia akan gelak2..senyum2..manja2..ngader2..dia macam tahu selepas ini dia akan rasa kesakitan.

Dah nama Alin Marlini kan...mesti nak glamer..tak kira dimana jua...pasti nak possing jugak. Korang jangan ingat..aku ni kemaruk sangat nak bergambar jek..sampai pi spital pun sibuk berpossing. Bukan aper...semua itu cuma untuk kenangan masa akan datang. Tidak akan ada momen2 seperti begini lagi..jadi tak salah jika aku abadikan momen2 itu untuk simpanan peribadi aku. Untuk tatapan anak cucuku nanti..dan korang jugaaa..sebagai tatapan. 
Qayyum macam biasa jugak..malu2 kucing bila suruh berpossing...pemalu sangat.
Tengok tu...tersipu2 lagi..sebab ada awek kenit sebelah dia....
Jangan marahhhh...Encik Suami pun kaki berpossing...tak malu ker? Buatper nak memalu...kamera aku..suka hatilah....tetiba mak bapak awek kenit sebelah Qayyum pun sibuk jugak ketip gambar..aku tak kisah...kalau nak suruh aku ambikkan pun takper...

Actually masa ni tgh tunggu doktor datang. Appoinment pukul 7.30...tunggu doktor lagi. Tetiba doktor pakar bius panggil bagi pendengaran. Aku mula kecut perut. Qayyum steady lagi. Beberapa minit pehtu, Qayyum adalah giliran pertama untuk Ortopedik. Lagi bertambah kencang degupan jantung aku..macam aku plak nak kena masuk 'operation room'.

Lepas Qayyum dah dibius..terus doktor bawak ke 'operation room'. Sesejuk aircond kat PPUM tu..sejuk lagi hati aku. Pakai baju tebal pun tak lot. Bagaimana agaknya adik Qayyum di dalam sana? Sakit sangat ker? Kesian adik Qayyum..aku yang dah masuk 32 tahun hidup nipun..tak pernah masuk hospital (kecuali bersalinlah)...inikan nak masuk bilik bedah. Ya!Allah....selamatkanlah anakku. 

3 ulasan:

sue berkata...

Hope semua ok..Alin pun kena la byk bersabar ya...

norh berkata...

Semoga semuanya selamat.. Amin

Azian Elias berkata...

Sabar ye Alin.. Hope everything's going to be okay..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...