Hari ni appoinment adik Qayyum yang ke 3 di PPUM. Sepatutnya..hari ni kena buka area tv kat kaki adik Qayyum dan 26 Jan pulak kaki adik Qayyum kena simen pulak. Tapi hari ni datang..doktor just tengok samada luka dah ok & pegi bilik pembedahan kecil. Aku ingatkan hari ni adik Qayyum kena buka area tv tu..hati dan perasaan aku dah mula seram sejuk.Dalam hati tak henti2 berdoa untuk keselematan adik Qayyum. Tapi rupa-rupanya doktor hanya tengok keadaan kaki adik Qayyum.
Masa ni Adik Qayyum raser gembira sebab tak kena tahan duduk hospital. Peace tanda suker... |
Adik Qayyum & PSPnyer tak dapat dipisahkan. Takpelah janji dia tak meragam. |
Bergaya dengan game 'Abang Botak'....masa ni tengah tunggu giliran nak jumpa doktor.. |
Orang selalu tanya..camner Qayyum? Qayyum camtu jugaklah...riang gembira..tapi kaki dia yang still tak elok lagi. Masih ada area tv..kena tunggu Rabu ni pulak camner resultnye.
Sebenarnya aku tak tahu macamana mahu kongsikan isi hati aku. Seumur hidup baru pertama kali menghadapi situasi berulang alik ke hospital. Agak2 ada tak kawan2 blogger aku ni pernah menghadapi situasi begini. Aku perlukan sokongan dan kata-kata semangat dari korang.
Alin Marlini : Harap2 hari Rabu ini selamat semuanya.
4 ulasan:
ceria je qayyum.
semoga qayyum cepat sembuh ~
Laa..kenapa dia Alin? Sori kalau akak tak sempat jengah N3 yg lalu2..
Anak akak yg kecik tu penah buat minor operation tangan patah.. dug dag dug dag gak lah..
daisy : dia memang ceria jek..sgt tabah...Mama dia jek yg touching lebih :)
Kak Yan : kaki masuk rim motor kak yan...ari tu dah buat operation sambung urat..tulang ankle dia hancur..tulang retak..sekarang tggl nak simen then tak sabar nak tgk dia jalan semula..hrp2 semua okay..
takut nyer tgk ariel tv tu..
Catat Ulasan