Al-kisah...
Tanggal 27 Disember 2004 lahir seorang putera yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan dalam rumah itu. Putera pertama dalam keluarga itu. Alhamdulillah..sehabis tsunami melanda 26 Disember 2004..si putera yang dinanti-nanti itu ingin segera keluar melihat dunia penuh pancaroba ini.
Kelahirannya memberi berjuta sinar bahagia pada keluarga itu..malah bahagia untuk yang lain jugak. Kelahirannya memang satu keajaiban kerana dialah Sang Putera yang pertama dalam keluarga itu.
Firhan Qayyum Bin Rashidan diberi nama.
Firhan Qayyum Bin Rashidan diberi nama.
Dari usia sebulan....memang budak montok... |
Masa ni Qayyum umur setahun (baju kuning) dan 2 tahun (baju biru) |
Qayyum umur 3 & 4 tahun |
Masa umur Qayyum 5 & 6 tahun |
Hingga ke hari ini 27 Disember 2010..genap umur adik Qayyum 6 tahun. Adik Qayyum lahir ujung tahun...tu pasal memang manja sangat.
Alhamdulillah..Mama harap Adik Qayyum jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin walaupun Adik akan masuk sekolah lambat dari mereka. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Adik Qayyum. Mama sanggup buat apa saja demi Adik Qayyum. Kasih sayang Mama tidak akan pernah berubah.
Tanpa diduga..Mama sangat sedih sebab Adik terpaksa menerima dugaan hebat dalam usia Adik yang masih kecil dik...tak tertanggung rasanya... walaupun berat hati Mama menerimanya namun Mama redha dik..Mama pasti Allah akan bagi ganjaran yang setimpal dengan kesakitan yang Adik alami. Jika hari ini Adik masih belum boleh berjalan..Mama yakin tidak lama lagi pasti Adik akan bangkit kembali. Mama tahu Adik kuatkan....Mama sentiasa mendoakan untuk Adik.
Selamat Hari Lahir anak Mama Firhan Qayyum. Selama 6 tahun kasih sayang Mama, Babah & Kakak serta keluarga kita semakin kuat. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Adik. Mama sayang Adik Qayyum....
Alin Marlini : Tolong doakan yang terbaik untuk Adik Qayyum.
4 ulasan:
selamat ulang tahun kelahiran Qayyum...semoga cepat sembuh and boleh kawan dgn anak uncle kat sekolah nti...
mekacih fazli..mudah-mudahan cepat sembuh...amin..
Happy bufday to Qayyum..
Tima kash Aunty Yan....
Catat Ulasan