Anda pernah lihat? Bagi sesiapa yang menaiki perkhidmatan awam KTM Komuter mesti dah tak heran kan....
Disebabkan hari ni aku terpaksa pergi kerja sendiri, so dari meredah jalan jam Kuala Lumpur lebih baik aku naik Komuter. Jimat + Cepat.
Disebabkan tak mahu peristiwa Tak Guna Punya Bangla beberapa minggu yang lepas berulang...aku akan naik koc pink. Koc Untuk Wanita Sahaja Sepanjang Masa. Aku jadi serik nak naik koc campur aduk ni..mentang-mentanglah aku kecik..suka hati jek nak impit2 aku.
Nak dijadikan cerita pulak..ingatkan naik koc pink dah jadi wanita paling selamatlah..rupernya idak.....
Aku tak taulah mamat ni buta huruf ke..tak tau baca ker..rabun ker..takkanlah tak tau koc pink hanya untuk Wanita sahaja. Ker dia pondan???Tapi normal jek aku tengok. Kot iyepun nak together2 ngan awek..pilah kat koc campur aduk tu...dok menyempit gak kat koc tu..Si Tukang Jaga Komuter nipun makan gaji buta kot...bukannya nak tolong jaga.
Persoalannya...Masih Selamatkah Wanita jika berada dalam koc pink?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan