KAMU YANG SUKA SAYA

14 November 2010

Begitu Berat Dugaanmu Ya!Allah....

Assalamualaikum...sebenarnya aku masih belum bersedia untuk bercerita tapi aku perlukan semangat kawan2.

10 November 2010....bermula satu titik hitam buat anakku Firhan Qayyum. Tidak sanggup juga untuk aku berkongsi kesedihan ini tapi aku luahkan untuk membina semangat baru untuk diriku.

Anakku Qayyum mengalami kemalangan yang agak serius. Pergelangan tumit kakinya hancur akibat tersepit di celahan rim moto.

Perasaan aku?

Hancur luluh..semangatku langsung hilang. Bayangkan bagaimana perasaan hati seorang Ibu yang melihat sendiri kaki anak yang hancur hampir terkulai. Aku menjerit..meraung..hingga tiada air mata yang terkeluar melihat Qayyum mengerang kesakitan. Namun dia langsung tidak menangis.

Prosedur di Hospital Kerajaan memang memenatkan. Kasihan Qayyum terpaksa menanggung kesakitan. Tapi dia sangat tabah. Tidak menangis pun.

1/2 hari di Emegency Room, barulah Qayyum dimasukkan di wad selepas bertarung kesakitan. Kali ni plak Qayyum kena puasa selama 6 jam untuk pembedahan pulak. Ya!Allah..begitu berat dugaan yang Engkau berikan pada anakku...Ketika ini aku tidak keruan. Bermacam2 perasaan yang ader. Kenapa manusia sekecil ini diduga begitu hebat sekali. Seandainya dapat digalang ganti..aku sanggup menukarnya..

Tapi aku sangat kagum dengan semangat anakku. Semangat dia juga aku pinjam untuk membina semangat aku semula. Dia seakan mengerti tidak mahu melihat aku menangis merintih...sampai cakap...

"Mama..adik takmo tengok Mama..Mama pegilah jaga Kakak...Babah jaga adik"

Allahuakbar!!!!sayunyer jiwa raga aku mendengarnya. Airmata? Memang sentiasa mengalir deras tanpa henti. Dan setiap kali dia sedar aku menangis, matanya akan mengerling aku. Aku pasti...Qayyum tak suka Mamanya menangis depan dia. Dan kerana itu, dia tidak mahu aku yang menjaga dia..dia mahu Babah yang berhati waja menjaga dia.

Perasaan Encik Suami?

Hanya Allah & dia yang tahu...aku tahu dia lagi sedih sebab dia yang mendengar pendengaran doktor. Apapun keputusan dia yang tahu. Dan aku pasti ada yang dia sembunyikan dari pengetahuan aku. Aku redha...Ya!Allah.....

Perasaan Nenek?

Hancur luluh...hingga tiada kata yang mampu diucapkan ketika aku mengabarkan berita buruk tu. Hati siapa yang tidak luluh mendengarnya..dari seawal sehari sampai ke umur 5 tahun 10 bulan..tulah cucu lelaki yang dijaganya. Bila dugaan ini datang...masakan tidak berkecai hatinya.

Itulah dikatakan suratan takdir. Malang tidak berbau. Tiada siapa dapat melawannya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walau pada mulanya aku tidak dapat terima hakikat tapi akhirnya aku redha. Aku tahu Allah maha mengetahui. 


Jam 8.00 Qayyum akan ke bilik pembedahan. Jantung aku semakin berdebar. Aku peluk cium dia dan iringan doa tidak akan pernah aku berhenti. Ya! Allah...aku mohon padamu Ya!Allah..Selamatkan anakku. Pulihkan semula anakku Firhan Qayyum. Engkau kurangkanlah kesakitan anakku Ya!Allah. Tidak sanggup aku melihat kesengsaraan dia Ya!Allah. Sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengasihani. Kuatkanlah semangat Suamiku..semangat anakku..semangatku..agar dapat bertahan dengan ujianMu ini. Amin.


Alhamdulillah lewat jam 12 malam anakku selamat membuat pembedahan. Hatiku masih berdebar menunggu keputusan pembedahan itu besok pulak.Ya!Allah...ku mohon sekali lagi..selamatkan anakku Firhan Qayyum. kasihanilah dia..dia masih kecil untuk mengerti kesakitan itu Ya!Allah.

8 ulasan:

norh berkata...

semoga tabah hadapi ujian ni ya..

Ku Marissa berkata...

Sabar ye.. Berat ujian dan dugaan ALLAH berat juga imbuhan dan pahala untuk org yang sabar. Sedih saya mendengarnya. Doakan yang terbaik untuk akak.. amin

Akak Kembang berkata...

Terima kasih atas kt2 semangat itu..apa yg penting tolong doakan untuk Firhan Qayyum ye...

sue berkata...

OMG..semoga akak tabah ya..Setiap apa yg terjadi tu mesti ada hikmahnya.
Hope semuanya selamat. Amin

Aku berkata...

semoga qayyum cepat sembuh

Adsfc berkata...

ya allah tabahkan hati wahai alin...apa yg berlaku semuanyer ada hikmahnyer....

sedardiri berkata...

alin, semuga tabah hadapi dugaan...ini adalah d antara salah satu ujian dr nya utk membesarkan anak2...yg pasti sesuatu yg berlaku adalah atas redhaNya & ade hikmahnya...sabar yek...sbg kawan BW kami doakan yg terbaek utk Qayyum..InsyaAllah...

e.l.i.z.@ berkata...

ya allah akakkkkkkkkkk...kaki qayyum tersepit kt rim motor? ciannyaaaa diaaaaaaaaaaaaaa..ya allahhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...