KAMU YANG SUKA SAYA

23 Disember 2009

Sambal Cili Padi Ikan Makerel

Ikan Mackerel ni sangat lembut isinya dan agak masin sedikit. Sebelum goreng basuh dengan air perahan limau nipis @ air asam jawa bagi menghilangkan rasa hanyir.
Bahan-Bahan :
1. Seekor Ikan Mackerel (dipotong) (Ikn ni blh ddpti di pasaraya yg besar2 jer..yg aku taulah)
2. 6 biji Cili Besar (Kaler Hijau)
3. 7-8 biji Cili Padi
4. 2 ulas Bawang Besar
5. 2 ulas Bawang Putih
Sedikit garam, gula & perasa
Cara-Cara:
1. Goreng Ikan tersebut sehingga garing (jangan lupa bubuh kunyit lak..garam tak payah pasal Ikan ni dah masin)
2. Toskan Ikan.
3. Kisar bahan 2-5 hingga hancur.
4. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar sehingga garing.
5. Masukkan sedikit garam, gula & perasa.
6. Apabila sudah garing masukkan Ikan Mackerel tersebut dan sedia dihidangkan dengan nasi putih letak kicap. Pastu makan ngan papadom....pergh!!!!!!terangkat!!!!!

* Selamat Mencuba.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...