KAMU YANG SUKA SAYA

26 Ogos 2009

Pejam celik pejam celik sudah 6 hari kita berpuasa.

Saya agak panas hari ini walaupun aircond opis agak dingin sebab satu entry di facebook yang mana kawan saya dari negara seberang in******* berbunyi :

"Dasar Malaysia = Malingsiya"

Saya tidak faham lantas saya bertanya padanya apa maknanya. Langsung dia membalas :

"Mohon maaf, kenapa negara you suka mengambil kebudayaan indonesia. Dri angklung, wayang kulit, batik, keris, reog ponorogo, yg merupakan kebudayan asli jawa bkn melayu. yg terakhir tari pendet from bali yg d siarkan d iklan animatic malaysia d discovery chnl, why??? Apa you punya negeri tdk ada kebudayaan yg bisa d tunjkan kpada dunia luar???" (saya copy petikan dia)

Saya masih tidak faham mengapa dan kenapa dia begitu tidak berpuas hati dengan discovery kebudayaan Malaysia itu? Saya amat terasa sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Saya marah kepadanya sebenarnya sebab sudah 2 kali dia memburukkan Malaysia. Saya katakan padanya bahawa di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai kebudayaan, tidak semestinya Malaysia meniru kebudayaan negara dia. Ini fakta sejarah. Sila kaji tentang sejarah wahai mamat in******. Anda perlu faham rakyat Malaysia berbilang bangsa dan berbilang kaum. So, usah terperanjat jika terdapat persamaan budaya antara negara kamu dan Malaysia.

Mengapa saya marah sangat ni? Sebab dia kutuk negara saya Malaysiak . Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana tidak ada negara lain yang akan menandingi Malaysia.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52...Semangat perlu ada demi Malaysia....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...