Buat Anak-Anak
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan
saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu
kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan
bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan
kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi
bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang
bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan
perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan
akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi
sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu
maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu
sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya
dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah
dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang
gantinya, dunia mahupun akhirat. ”
Dan untuk para ibu, ingatlah
kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang
sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
~Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Sekadar berkongsi rasa.
Yang benar,
Mama
13 ulasan:
good sharing...
Salam Ramadhan Alin
terima kasih banyak2
saya belum pernah lagi dengar kisah ini
Selamat menjalani ibadah puasa
ziarah kembali.... Salam Ramadhan juga....
tengs for sharing...
tak sabar saya nak jadi ibu...
tapi kene la kawin dulu. huuu~
salam ramadhan alin
lama tak online nih :)
tq sharing
selamat berpuasa alin perkongsian yg baik!
tetiba saya terharu..sob sob sob :)
insyaallah.....
tq yer...
Dah berkali2 baca kisah ni, tak pernah jemu ulang baca. Seronok jadi bayi tu....
Selamat menjalani ibadah puasa Alin n keluarga.
tabarakallah Alin. sharing something great here.
pernah bace....sob sob sob..tetibe tingat kat anak kat nursery...
thanks for sharing this...Alin yg sweet :-)
Catat Ulasan