Peristiwa ini berlaku sebelum saya kemalangan. Dah simpan dalam draft tapi belum di postkan.
Tahniah Mior & Aishah. So sweet you all. Rasa nak nangis tengok korang di pelaminan.
Korang mesti ingat jejaka nikan? Alah....yang kami teman sampai ke malam tu masa kat Jakarta cari gift kahwin dia ritu. Lepas ni dah takde sapa yang nak tolong angkat plastik kain baju kami kalau kami shopping di sana lagik. Sobs!sobs! Serius sedih.
Sedih sebab bukan sahaja dia kahwin tapi dia akan meninggalkan saya kami di HSK ni. Yang lebih terasa department saya. Masakan tidak, dia adalah bos, staff dan kawan yang saya sayang. Diantara peguam yang rapat ngan saya. Yang selalu defend saya. Yang selalu MOB saya. Yang selalu tolong saya. Yang selalu payungkan saya. Dari dia jadi chambering sampai jadi lawyer...saya setia menjaga dia. Menjadi seorang kawan dalam masa suka dan duka.
Ye...memang saya suka berkawan rapat ngan lelaki sebab lelaki lebih memahami wanita. Tapi rapat kami adalah antara staff dan peguam dan antara sahabat.
Saya gembira dia bertemu jodoh dengan gadis idaman yang dapat menggantikan hatinya yang pernah lara suatu ketika dahulu. Saya gembira kerana dia juga gembira.
The Ladies of CMLT General Dept :)
Aku doakan semoga kau bahagia hingga akhir hayat, Mior sebab ko berhak mendapatkannya. Jaga Aishah baik-baik tau :)
Aku doakan semoga ko berjaya di luar sana. Dah kayo jangan lupa aku plak.
Aku doakan jugak semoga impian ko nak jadi MB Perak jugak akan tercapai. Dah jadi Datuk..jangan lupa sponsor buka kedai kek aku ek!
Aku doakan supaya ko dan Aishah dapat anak yang comel. Jangan lupa bagitau aku berita gembira itu tau.
Selamat Tinggal my Best Friend Forever (BFF) :(
18 ulasan:
congrats for both of them..
t majlis adik jgn lupe plak dtg..hhi
dah kawin c mior..hehehe
tahniah mior..
semoga bahagia ke akhir hayat..
sis menten comel la..;)
tahniah buat pengantin yang sama cantik sama padan.. semoga persahabatan alin dan mior berkekalan hendaknya..
kalau best fwen insyaallah akan tetap kekal sampai biler2..:)
congrates utk kwn akk :)
selamat pengantin baru untuk diorang..semoga kekal ke anak cucu
Tahniah buat pengantin.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
salam kenal dari saya :)
salam kenal dari saya :)
sayu lah pulak.. akakpun suka kawan lelaki dari kawan perempuan..hee
Harap dia bacalah N3 ini Alin. Mesti dia pun terasa kehilangan teman-teman yg disayangi..
rindu pada mu..hehe:)
Tahniah buat mereka..moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..~
tahniah buat psgn pengantin :)
Tahniah buat BFF Alin.....
akk pun lebih suka kawan rapat dgn lelaki..mereka suka buat lawak n menghiburkan hati. tahniah buat pasangan pengantin.
Tahniah utk kedua pengantin...moga bahagia hingga akhir hayat..
Catat Ulasan