KAMU YANG SUKA SAYA

10 November 2011

Bangkit Semula...

April 2011...Alhamdulillah..Qayyum dah boleh jalan...walaupun masih belum stabil...saya sendiri tidak pasti samada ianya kekal begitu atau cuma sementara. Mudah-mudahan dia boleh berjalan normal sebab tak sanggup bila orang lain asyik melihat keanehan Qayyum berjalan..
Jun 2011...Qayyum dah boleh ke sekolah. Ada orang cakap..tunggulah darjah 2 nanti baru masuk sekolah lagipun kaki dia belum pulih sepenuhnya. Saya tidak peduli. Saya mahu dia belajar. Saya tidak mahu dia keciciran pelajaran. Memang dia agak lambat dari segi pembacaan. Alhamdulillah...5 bulan bersekolah..Qayyum semakin lancar membaca. Dan lebih menggembirakan saya..Qayyum naik kelas tahun depan sebab dia dapat no. 2 dalam kelas. Sangat bersyukur. Sangat gembira dengan perkembangan Qayyum.

Tapi saya tidak boleh bergembira sangat sebab doktor juga dah berkata perkembangan Qayyum tidak boleh dijangka sebab melibatkan tulang. Apa yang diharapkan agar semuanya berjalan lancar.


Saya tahu ada yang sedih dan tertanya-tanya apa dah jadi dengan Qayyum. Bukan menagih simpati cuma luahan hati. Cerita dari hati seorang Mama. Cuma buat tatapan kawan-kawan.

Pesanan saya buat ibu bapa yang bawak anak-anak ke sekolah menaiki motor..silalah berhati-hati. Jangan biarkan kaki anak anda terjuntai-juntai tanpa pemerhatian. Pengalaman saya jadikan pedoman.

Jika anda masih konpius @ tertanya-tanya apa yang terjadi dengan anak saya..boleh BACA SINI

7 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Alin

Alhamdulillah
Syukur kpd Allah, Quyyum dah ke sekolah
moga sihat macam sedia kala

Wassalam

adarnadzmie berkata...

semangat tgk qayyum ngan beg sekolah tu...

Ati Masrif berkata...

insyaallah qayyum akan pulih macam
biasa dan dapat kehidupan yg normal
macam kanak2 yg lain

dalila berkata...

alhamdulillah... semangat sungguh nak ke sekolah.. :)

- dieyana - berkata...

anak dieyana pun penah g sekolah naik moto dgn papa dia, dlm sebulan jugak. ingat sekali, dua kali, rasa seriau aje....naik moto ni lebih terdedah bahaya di jalan.

ziana berkata...

Lin, bawak g Fisio boleh tak??

AQ Eyfa berkata...

Alhamdulillah lyn Qayyum dah leh p skolah.Moga dia akan trus melangkah tanpa ada masalah g

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...