Lepas breakfast makaroni pagi tadi. Terus prepare untuk makan tengahari pulak. Apa aku nak masak ek? Qayyum dari beberapa hari lepas suruh buat nasi impit ngan rendang macam nenek masak.
Aku decide buat rendang daging..kalau ayam adik Qayyum tak boleh makan. Sumpah. Jujur. Aku tak pernah masak rendang. Kah!Kah!Kah! Silalah gelak. Selalunya aku tolong mak kacau rendang adalah. Anak mak ok. Tapi serius..rendang mak aku adalah the best in the world. Bila time rayer tu siap suruh mak sorok rendang jangan bagi orang lain makan..takut kena habiskan. Adik Tengah aku yang dulu tak pandai masak pun sekarang dah terror buat rendang. Malu sehh!!!
Aku terpaksa cabar diri sendiri. Sila layan bebelan aku ye. Mak ngan Abah dijemput untuk merasmikan Rendang Daging aku tu. Juri tetap tu.
Abah kata : sedap jugak rendang kakak ni...
Aku jawab : Ye ke bah....sambil senyum cam kerang busuk.
Aku tanya : Mak..sedap tak rendang orang?
Mak jawab : bolehlah....mana boleh tandingi rendang mak kan?
Encik Suami, Balqis & Qayyum kata : Sedapnyerrrrrr.........semua takut aku mogok masak...kakakakaka....
Tapi aku rasa..not bad jugak rendang aku ni. Walaupun baru 1st time masak. Kikiki...sila rasa geli geliman ek..masuk bakul angkat sendiri.
RESEPI DISINI |
Alin Marlini : aku memang suka puji diri sendiri sebab takder saper nak puji ^_^
2 ulasan:
Assalamualaikum Alin
kena pos kat saya
baru boleh komen...he he
tapi tenguk drp gambar
dah ok le tu
Wassalam
nampak macam sedap.. hahaha. bukak bisnes ley kaye nih.. :)
Catat Ulasan