KAMU YANG SUKA SAYA

06 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Yasir & Eika....

Dalam banyak-banyak Majlis perkahwinan sepupu sepapat..sedara mara aku..majlis kali nilah yang tak meriah..pasal aku dan Encik Suami tak dapat terlibat sama. Tapi tetap bersyukur sebab doktor benarkan Qayyum balik seminggu jadi dpt jugak kami merasa pegi umah makcik aku tu..walalupun terpaksa rotate ngan Encik Suami. Dan mereka jugak merasai ketiadaan kami disana. Tapi majlis tetap meriah. Cuma jiwa aku jek yang tak meriah. Jom layan gambar yang tak seberapa ni...
Ahmad Yasir-Pengantin lelaki. Asal dari Sabah. Umur 30 tahun.
Nilah sepupu aku. Pengantin perempuan. Siti Nurzalikha. Umur 23 tahun. Jurugambar bebas.Comel tak?
Majlis akad nikah 4.12.2010 malam. Ni upacara wajib lepas nikah. Teringat zaman aku nikah2 dulu...
Upacara batal air sembahyang. Mas kahwin dalam betuk mas bukan duit. Zaman aku dulu takder pun...
Gambar bersama mak tersayang. Mak pun sama perasaan cam aku. Takder perasaan.
Aku tak sah...kalau tak amik gambar dgn sikecik ni..anak buah tercinta. Khalif Danial. Umur 1 tahun 4 bulan.Nak berkenalan?

Apsal aku dok sengih cam kerang busuk tu...kenal tak brother kat sebelah tu? Kalau korang peminat Samudera mesti korang kenal kan...tulah penyanyi ngetop satu ketika dulu. Nama dia Abg Jas (nama sebenar dirahsiakan). Dialah penyanyi kumpulan Samudera. Masa sekolah dulu..memang aku minat giler2 ngan kumpulan ni. Siap ada buku lagu lagi. Tak sangka Moksu aku boleh berkahwan baik ngan Abg Jas. Kitaorang anak2 buah tumpang glamer sekali. Malam tu Abg Jas nyanyikan 2 lagu khas untuk aku okayy....setelah dipaksa dengan muka seposen aku..baru dia setuju...mekacih ye Abg Jas. Saper berminat leh tanya aku ek...Lupa nak citer...Abg Jas ni sekarang buat free lance..kalau takder show dia buat karoake dan pancaragam kat umah orang kahwin.
Gambar ni masa bersanding malam..lepas akad nikah. Aku pun tak sempat nak bergambar ngan pengantin.

Pengantin bersanding masa siang. Time ni aku takder..Encik Suami yang pegi plak. Gambar ni curi dari D90 adikku.

Apa-apapun Selamat Pengantin Baru buat Yasir & Eika. Semoga berbahagia hingga anak cucu. Dan mohon maaf ke Sabah Kak Lin sekeluarga tak dapat ikut. InyaAllah satu hari nanti sampai kot ke Sabah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...