~Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)~
~ihsan dari google~ |
Memaafkan itu lebih baik dari terus berdendam. Sekalipun begitu besar kesalahan pada seseorang jika dengan kemaafan boleh mengubah seseorang..apa salahnye kan..
Walaupun tiada ungkapan kemaafan dari bibir cukup dengan lirikan dan senyuman menandakan mintak dimaafkan dan sudah dimaafkan. Aku bersyukur kerana aku seorang yang mudah lembut hati. Mungkin doa dari Mak kot...hehehehe..dan mungkin dari doa dari diri sendiri...
~Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)~
2 ulasan:
As'salam..
alhamdulillah semoga kita saling memaafi antara satu same lain 'peringatan untuk diri sendiri juga"hu3..
Betul tu sahabat...
Sudi gak Sinar Raudah singgah ek...mekacih
Catat Ulasan