KAMU YANG SUKA SAYA

17 November 2010

Raya di Hospital

Hari ni genap 8 hari Qayyum kat Hospital. 8 hari jugaklah Babah tak keluar2 dari hospital. Kesian Babah..Qayyum jugak semakin gembira. Cuma tak boleh jalan jek lagi. Sabarlah wahai anakku..

Hari ni jugak Hari Raya AidilAdha..hari raya korban. Tapi hari raya kali ini amat memilukan. Terpaksa berayer di hospital. Satu pengalaman yang tak pernah aku ku bayangkan. Nasib baik raya haji...kalau rayer posa...konpem aku dah merebeh2 kat hospital tu. Konpem aku tak merasa ketupat rendang mak aku.

Raya korban kali ni penuh bermakna buat aku dan keluarga. Memang betul2 dikatakan pengorbanan. Aku redha sekali lagi. Aku pasti ini semua ujian dari Allah untuk insan-insan yang terpilih. Aku juga percaya Dia menguji dan pasti ada balasannya kemudian.

Selamat Hari Raya Korban buat semua. Doakan yang terbaik untuk Firhan Qayyum yang terpaksa berkorban.

3 ulasan:

Anne berkata...

Semoga Alin & keluarga tabah. Anne doakan semoga Qayyum cepat sembuh & segala-galanya kembali seperti sebelum ni.

Sofya berkata...

saya doakan semoga qayyum cepat sihat.. mmg dia anak yg cerdik dan tabah..

Alin Marlini berkata...

Amin...terima kasih anne & sofya...hrp2 semua pulih spt sediakala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...