KAMU YANG SUKA SAYA

09 Disember 2009

Resepi Meatball Spaghetti

Aku ni memang antu spagetti. Kalau pi Secret Recepi ke Pizza Hut ker mesti order spagetti. Aku pun antu buat spagetti gak..hehehehe. Last week Encik Suami beli barang-barang nak buat spagetti. Balqis pun dah bising-bising..asyik tanya bila Mama nak buat spagetti. Kali ni aku buat Meatball Spagetti. Search dulu kat internet..dapat yang sama ngan citaraser aku plak. Tapi resepi aku ni aku dah olah sendiri. So, sesiapa yang suka makan dan suka buat boleh C & P resepi aku ni..terutama Kak Fieda. Buat tau kak..jangan tak buat plak tapi taklah sesedap kat SC tu...hehehehe...selamat mencuba!!

Bahan untuk meatballs:

400 gm daging lembu kisar (aku guna cap Ramli)
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp serbuk blackpepper
1 tbsb daun oregano
1 tbsb daun basil
sedikit garam

Bahan untuk tomato sos:

1 tin spagetti sos
2 biji bawang merah (dicincang)
4 biji bawang putih (pun dicincang)
1 biji tomato (dicincang)
2 tbsp cili mesin
2 tbsp daun oregano
2 tbsp daun basil
sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Meatball
1. Gaulkan daging kisar bersama bahan-bahan di atas hingga sebati. Bulatkan meatballs sesuka hati anda. Saya ni suka benda-benda yang comel, so saya bulatkan comey2 jek. Kemudian panaskan kuali dengan minyak. Goreng meatballs tersebut lebih kurang 5 minit.
Sos Tomato
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng bawang besar & putih hingga kekuningan. Masukkan cili mesin, sos spagetti, daun oregano & basil, garam, gula & akhirnya masukkan tomato cincang. Gaul hingga sebati dan biarkan sampai mendidih. Tutup api.
2. Celur spagetti. Dan boleh dihidang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...