KAMU YANG SUKA SAYA

27 April 2009

Sukan kat Sekolah sekarang tak meriah langsung....

Sabtu lepas aku pergi acara sukan di sekolah Farhana Balqis..
Sekolah yang pernah aku belajar dulu dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Telah banyak yang berubah dengan sekolah aku..
Kalau dulu padangnya sungguh luas tapi kini hanya sebahagian sahaja..
Kalau dulu acara sukan sungguh gilang gemilang tapi kini ala kadar sahaja..
Kalau dulu ada acara lari pecut, lompat jauh, lompat pagar, lompat tinggi, lari dalam guni tapi kini lari bawak buah, lari cepat2, lari susun abjad..semuanya sukan yang tidak mencabar langsung pada aku..
Kalau dulu aku juga salah sorang juara lari pecut tapi anak aku juara jugak tapi pada sukan yang biasa saja langsung tidak mencabar..
Kalau dulu setiap rumah sukan pasti dihiasi dengan meriah sekali..setiap ahli rumah sukan dipastikan duduk diam2 dalam khemah dan rumah sukan sentiasa kelihatan kemas dan bersih semata-mata untuk merebut rumah sukan paling cantik tapi kini tiada langsung suasana itu lagi.
Dan setiap ibu bapa yang datangpun aku lihat tidak menunjukkan langsung perasaan berkobar-kobar untuk melihat anak-anak bersukan kerana dengan ruang yang agak sempit membataskan penglihatan..dan kesempatan inilah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat lama.
Itulah acara sukan zaman sekarang..tangkap muat jer tapi mungkin sekolah aku jer kot.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...