KAMU YANG SUKA SAYA

11 November 2008

Aku dan ceritaku

Agak lama aku tidak update blog ini
Bukan apa..agak bz sedikit 2-3 minggu ini
Banyak cerita yang nak dikongsikan
Antaranya :-

2 November lepas berlangsungnya perkahwinan adik sepupu aku Dik Not @ nama sebenarnya Nor Bazilah. Memang majlis perkahwinan ini seluruh keluarga kami (Ibrahim Family..namatu sempena nama arwah datuk aku..ayah kepada Mak Akulah yang mempunyai 9 adik beradik)menanti-nantikannya kerana sudah agak lama jugak tiada majlis perkahwinan maklumlah sepupu aku ini ada yang masih kecil2 lagi..yang besar lak dah abis kawin.Meriah memang meriahlah..tak pasal-pasal aku gak kena rewang (tak tau dlm bahasa apa tapi orang kampung panggil acara gotong royong ni rewang). Seronok gak..rasanyer inilah kali pertama aku buat rewang selalunya orang-orang tua jer. Dan aku diantara orang yang sentiasa diperlukanlah. Aku harap semoga Dik Not ngan Aziz bahagia selamanya.


3 November lalu lak anak sedara aku lak Khalish Danish masuk Hospital KPJ kat Kajang..paru-paru masuk kuman.Cian Danishkan......waktu aku pegi melawat Danish..bila jumpa anak-anak aku terus cergas..





Dan sepanjang awal bulan November ini kehidupan aku agak bz sedikit dengan kerja-kerja yang agak bertimbun.Aku buntu..tidak tahu yang mana satu harus diselesaikan.Mungkin slowly boleh habis kot..Aku lupa sejenak dengan kawan-kawan aku diluar sana tapi saat ini aku tetap merindui mereka.Aku dusah tiada masa nak beremail-email ngan dorang.Waktu aku terlalu terhad. Kepada sahabat-sahabat aku yang terlalu aku rindui..maafkan daku kerana terlalu lama tidak mengirimkan khabar berita kerana masa tidak mengizinkan. Harap korang memahami situasi aku sekarang.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...