KAMU YANG SUKA SAYA

07 Oktober 2008

Raya Pertama

Raya pertama cam biasa kat rumah akulah..
Lepas sembayang raya..selepas bermaafan
kami beramai-ramai menuju ke tanah perkuburan
Alangkah bahagianya kalau arwah nenek (Hajah Sukini) masih hidup
Aku terlalu rindukan dia..hanya al-fatihah mampu aku sedekahkan.
Pastu..balik dari tanah perkuburan tunggu orang datang
nampaknya pepagi raya ni budak-budak kureng datang rumah
tak tau naper??
Mungkin dengan pelbagai kejadian menimpa terhadap kanak-kanak
Mak Bapak sukar melepaskan anak-anak pergi beraya..
lebih baik beraya dengan Mak Bapak..lebih selamat

Yang ditengah-tengah tu Babah ngan Mak aku lak (hensem tak babah aku?)
1. Dari atas anak aku Fatin Farhana Balqis..memang suker bergambar
(paksa)
2. Firhan Qayyum tengah seronok makan kuih raya kat umah mentua adik
aku
3. Firhan Qayyum gak..seronok makan kuih raya bersama Danish (anak
adik aku)
4. Sessi bermaafan antara Qayyum ngan Danish
5. Dari kiri kebawah sapa lagi family akulah
6. Aku bersama permata hati
7. Aku bersama anak-anak dan satu-satunya anak buah tersayang

8. Aku bersama Hubby tercinta (I luv U Abang..so much)
9. Firhan Qayyum
10. Dari kanan ke bawah sessi bermaafan lagi
11. Aku bersama Mak dan Adik bongsu Moon
12. Kek Raya disediakan oleh Moon Cake khas untuk harijadi Babah
walaupun lambat lagi dan harijadi Moksu aku yang jatuh pada
1.10.08..rezeki dialah.
13. Moksu dan Babah berkongsi harijadi di hari raya

Nilah serba sedikit gambar raya yang sempat aku titipkan buat peminat Blog aku yang setia menanti bahan dari aku..tahun ni cam xder mood nak amik gambar sangat lebih-lebih anak lelaki aku. Tapi kami sekeluarga sempat gi berposing kat kedai gambar amik gambar sekeluarga (gambar belum siap lagi)
Abis menunggu orang datang beraya kitaorang lak nak gi beraya rumah Mak Mentua adik aku lak kat Ijok..
Tradisi kami sekeluarga belah petang gi balik kampung Mak aku lak
Taklah jauh sangat..kat kampung sebelah jer Kg Paya Jaras Hilir.
Gi melawat rumah adik-beradik Mak aku dari yang tua hingga yang muda
Semua duduk kat satu kampung tu jer..cuma kitaorang terpisah sikit.
Sampai ke petanglah kami beraya sakan..tu pun tak abis lagi..
Malam duduk rumah tunggu orang datang lagi
dahlah..nak sambung buat kerja..

1 ulasan:

Marliza Radzi berkata...

hai kak lin ;)

(kek buat sendiri ke?)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...