Agak lama aku tak mengentry blog aku
Bukan aper..agak sibuk sikit dengan kerja + bos baru Aku nak ucapkan Selamat Tinggal Laza (ex-bos aku) pasti aku akan merinduimu.hihihi...
Orang kater kalu kiter tak suker pada orang tu..akhirnya kiter dapat gak orang tu
hah!!tulah terjadi pada aku..aku kalu boleh takmo kerja ngan tut + tut (adalah dinasihatkan nama perlu dirahsiakan demi keselamatan diri sendiri) tapi ntah..dah nasib kot..kena gak akhirnya..
tapi aku cubalah bekerjasama ngan diorang
Buat masa ni belum ada masalah lagilah
********************************************************************
Jumaat lepas Sogo buat sale gempak..Seperti biasa aku takkan lepaskan peluang keemasan ini sebab terlalu banyak diskaun boleh dapat..boleh jimat duit...banyak jugak aku berabis duit beli baju raya anak-anak aku..sampai sendiri punya terlupa nak beli.
Sabtu lepas lak..adik aku belanja berbuka posa kat Restoran Tasik Indah sambil buat suprise kat Hubby dia coz last week besday dia..dah lama gak tak makan kat situ..
KAMU YANG SUKA SAYA
03 September 2008
02 September 2008
Selamat Hari Merdeka!!!! Selamat Berpuasa!!!
31 Ogos 2008 Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Seperti kebiasaan family aku akan gi lepak mana-mana port untuk countdown Merdeka
Tapi tahun nie..takdak...tak tau apa pasal..maleh kot..lagipun nak posa..
Tahun ni ada kelainan sikit..sepanjang hidup aku tak pernah tengok perarakan Merdaka kat Dataran Merdeka.
Dan tetiba Farhana Balqis dok tanya.
"Babah...Dataran Merdeka tu kat mana?"
Kesian anak aku..tak pernah pergi..
So, seawal Subuh hubby aku kejut.
"Nak pergi Dataran tak?"
Aduh....malasnya nak bangun cuti-cuti ni..
Dengan kemalasan yang terlampau aku pun kejut Farhana Balqis & Qayyum.
Agak-agak pukul 8.00 pagi aku sampai kat sana..
Begitu ramainya manusia menuju tempat yang sama..
Tak kira..semua bangsa ada..syoknya!!!!
Anak-anak aku pun begitu teruja.

Habis tengok perarakan tu..kami gi lak Berjaya Times Square.
Apa lagi..shoppinglah!!hihihi!!!!
Aku singgah satu kedai kasut ni..sebab aku dah terpandang satu kasut idaman aku.
Yeh!Yeh!finally aku dapat gak beli kasut ni dengan harga RM39.90..Murah ke??

Lepas dapat apa yang aku mahu..kami pun baliklah..coz masing-masing dah penat.
**********************************************************************
1.9.2008..Hari ni hari pertama semua umat islam berpusa.
Semoga bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini akan memberi hikmah buat aku dan keluarga.
Buat sahabat-sahabat Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Dan inilah kali pertama Farhana Balqis berpuasa..bukan tak pernah posa tapi 1/2 daylah..
Mintak-mintak kali ini dia akan posa penuhlah..dan alhamdullillah hari pertama dia posa penuh.
Suka hati aku walaupun banyak kali dia mengadu lapar, haus tak larat.
Tapi aku bagi perangsang..biar dia bertahan..
***********************************************************************
Labels:
Merdeka
Langgan:
Catatan (Atom)