KAMU YANG SUKA SAYA

28 Oktober 2008

Jumaat lepas HHA ajak pergi celebrate besday Abg Su.So, dalam keadaan malu-malu pun aku pergi juga.Aku jadi pemalu coz dalam team ni aku sorang jer perempuan.Kalu aku tak pergi diorang kata tak best lak..Jadi...aku kena biasakan diri jugak...Kitaorang (HHA,MMZ,MNH,Abg Su, K-Rul & Aku) pergi minum kat Starbuck.Seumur hidup inilah kali pertama aku minum kat situ...(kepada ex-boss jangan jelaous ek..nanti kita lak gi minum kat situ ek!)Pada mulanya aku rasa janggal sangat sebab kan aku sorang jer perempuan dalam team ni.Tapi disebabkan kata-kata semangat dari semua orang..aku tabahkan hati..nekadkan diri..kerana perubahan ini adalah untuk diri aku sendiri..

21 Oktober 2008

Semalam aku baca blog Kimi ngan Am yang menyatakan kerinduan masing-masing terhadap kawan-kawan terutama saat-saat bahagia di HSK. Mengapa kita rasa bahagia ketika berada di HSK?Mungkin sebab suasana dan keramahan di sini yang membahagiakan hati kita terutama litigation department.Ditambah dengan bos-bos yang sporting..mana boleh kita lupakan kenangan itu.Aku juga rindukan suasana itu walaupun aku tetap setia di HSK selama 5 tahun. Aku rindu nak makan pizza ngan engkorang semua.Aku rindukan Kak Fieda yang setia mendengar keluhan aku saban hari.Aku rindukan masakan Kak Siti yang memang ummph...sedap sangat.Aku rindukan gelak ketawa Kak Ita ngan keriuhan Kak Piah..semua itu telah berubah kini..
Perasaan rindu membuak-buak sehingga bila aku membaca blog adik-adikku berdua tu..air mata mata mengalir...dan...terus...mengalir. Saat-saat ini aku amat merindui..mereka-mereka yang telah meninggalkan aku keseorangan disini.Adakah korangpun rindukan aku jugak?

Hanya kenangan-kenangan indah yang masih terpahat dalam hati ini yang tak bisa luntur dari ingatan ini. Kemana kita pergi pasti HSK tetap dalam ingatan. Persahabatan tetap diteruskan walaupun terpisah jauh dari ingatan. Kepada kawan-kawan yang tergamak meninggalkan aku keseorangan di sini..akuuuuuuuuuu.... amatttttttt....rinduuuuuu...korangggggg.......

16 Oktober 2008

Suker Bangattttt

Semalam masa aku balik dari kerja..dalam keta..
aku dengar lagu baru dari Hot fm dari Nidji
ala..band dari Indonesia tu..tajuk lagu Laskar Pelangi
Sedap bangatttt...
Bila dengar tu sertamerta badan kita akan bergoyang tau..
Tenang dan meriangkan hati...
Tak percaya...cuba dengar.....besttttttt
Bukannyer tak sokong lagu-lagu kiter..
cuma lagu dari seberang lebih menambat hati
lebih padat mesej dia..
so...tak salah kalu kita mendengarnya.

07 Oktober 2008

Raya Pertama

Raya pertama cam biasa kat rumah akulah..
Lepas sembayang raya..selepas bermaafan
kami beramai-ramai menuju ke tanah perkuburan
Alangkah bahagianya kalau arwah nenek (Hajah Sukini) masih hidup
Aku terlalu rindukan dia..hanya al-fatihah mampu aku sedekahkan.
Pastu..balik dari tanah perkuburan tunggu orang datang
nampaknya pepagi raya ni budak-budak kureng datang rumah
tak tau naper??
Mungkin dengan pelbagai kejadian menimpa terhadap kanak-kanak
Mak Bapak sukar melepaskan anak-anak pergi beraya..
lebih baik beraya dengan Mak Bapak..lebih selamat

Yang ditengah-tengah tu Babah ngan Mak aku lak (hensem tak babah aku?)
1. Dari atas anak aku Fatin Farhana Balqis..memang suker bergambar
(paksa)
2. Firhan Qayyum tengah seronok makan kuih raya kat umah mentua adik
aku
3. Firhan Qayyum gak..seronok makan kuih raya bersama Danish (anak
adik aku)
4. Sessi bermaafan antara Qayyum ngan Danish
5. Dari kiri kebawah sapa lagi family akulah
6. Aku bersama permata hati
7. Aku bersama anak-anak dan satu-satunya anak buah tersayang

8. Aku bersama Hubby tercinta (I luv U Abang..so much)
9. Firhan Qayyum
10. Dari kanan ke bawah sessi bermaafan lagi
11. Aku bersama Mak dan Adik bongsu Moon
12. Kek Raya disediakan oleh Moon Cake khas untuk harijadi Babah
walaupun lambat lagi dan harijadi Moksu aku yang jatuh pada
1.10.08..rezeki dialah.
13. Moksu dan Babah berkongsi harijadi di hari raya

Nilah serba sedikit gambar raya yang sempat aku titipkan buat peminat Blog aku yang setia menanti bahan dari aku..tahun ni cam xder mood nak amik gambar sangat lebih-lebih anak lelaki aku. Tapi kami sekeluarga sempat gi berposing kat kedai gambar amik gambar sekeluarga (gambar belum siap lagi)
Abis menunggu orang datang beraya kitaorang lak nak gi beraya rumah Mak Mentua adik aku lak kat Ijok..
Tradisi kami sekeluarga belah petang gi balik kampung Mak aku lak
Taklah jauh sangat..kat kampung sebelah jer Kg Paya Jaras Hilir.
Gi melawat rumah adik-beradik Mak aku dari yang tua hingga yang muda
Semua duduk kat satu kampung tu jer..cuma kitaorang terpisah sikit.
Sampai ke petanglah kami beraya sakan..tu pun tak abis lagi..
Malam duduk rumah tunggu orang datang lagi
dahlah..nak sambung buat kerja..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman-teman yang mengenali diri ini.
Salam kemaafan dipinta di atas segala salah silap saya selama ini.
Semoga raya kali ini memberi seribu makna buat hidup kita.

Silent Reader

Bila aku entry blog Kimi..mengenai "silent reader" aku adalah salah sorang diantara puluhan silent reader tersebut. Pun begitu dengan Blog aku yang juga ada silent reader dan dialah satu-satunya peminat blog aku (agaknyalah kot). Sebenarnya blog amat baru buat aku..so, takde banyak bahan sangat. Apapun Kimi..akak memang suker bangat baca blog Kimi..teruskan. Kepada silent reader blog aku..dah boleh komen..jangan segan silu bagi idea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...