KAMU YANG SUKA SAYA

29 April 2009

Guess What????

...IT'S STILL NOT FRIDAY..

27 April 2009

Sukan kat Sekolah sekarang tak meriah langsung....

Sabtu lepas aku pergi acara sukan di sekolah Farhana Balqis..
Sekolah yang pernah aku belajar dulu dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Telah banyak yang berubah dengan sekolah aku..
Kalau dulu padangnya sungguh luas tapi kini hanya sebahagian sahaja..
Kalau dulu acara sukan sungguh gilang gemilang tapi kini ala kadar sahaja..
Kalau dulu ada acara lari pecut, lompat jauh, lompat pagar, lompat tinggi, lari dalam guni tapi kini lari bawak buah, lari cepat2, lari susun abjad..semuanya sukan yang tidak mencabar langsung pada aku..
Kalau dulu aku juga salah sorang juara lari pecut tapi anak aku juara jugak tapi pada sukan yang biasa saja langsung tidak mencabar..
Kalau dulu setiap rumah sukan pasti dihiasi dengan meriah sekali..setiap ahli rumah sukan dipastikan duduk diam2 dalam khemah dan rumah sukan sentiasa kelihatan kemas dan bersih semata-mata untuk merebut rumah sukan paling cantik tapi kini tiada langsung suasana itu lagi.
Dan setiap ibu bapa yang datangpun aku lihat tidak menunjukkan langsung perasaan berkobar-kobar untuk melihat anak-anak bersukan kerana dengan ruang yang agak sempit membataskan penglihatan..dan kesempatan inilah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat lama.
Itulah acara sukan zaman sekarang..tangkap muat jer tapi mungkin sekolah aku jer kot.

20 April 2009

I luv U Encik Suami


Selamat Hari Jadi Sayang..Semoga dipanjangkan umur..
Semoga dimurahkan rezeki...
Semoga menjadi seorang suami yang lebih baik
Semoga menjadi seorang babah yang lebih baik
Semoga menjadi seorang anak yang lebih baik
Tiada hadiah istimewa untuk diberi...cuma kasih dan sayang serta cinta yang tidak pernah pudar khas untuk abang.
Luv u so much.......
Buat suami tercinta Rashidan Ab Karim
20 April 1979-20 April 2009

17 April 2009

No Idea

Lamakan saya tidak update blog..bukan aper..xder idea
Idea saya selalu keluar bila saya atas motor (balik keja)
Abis tu dimana harus saya simpan idea-idea tu?
Nak diingatkan semula?
Mintak maaflah saya bukanlah seorang pengingat
malah bos saya selalu kata saya banyak makan semut.
Tidak!
Saya tidak makan semut cuma saya ini tidak boleh dibebani dengan pelbagai perkara
saya mudah gelabah
Otak saya sempit barangkali..hehehe..ialah wanita yang dah berkahwin dan telah mempunyai anak, mungkin banyak yang mahu difkirkan berbanding lelaki.
Tapi saya akan terus mengupdate blog saya
Mungkin dalam seminggu sekali
Atau sebulan sekali
Ataupun setahun sekali..hehehehe..

09 April 2009

Muffin Coklat



Orang kata tak cuba maka tak tahu. Saya memang suka mencuba. Ini percubaan pertama saya membuat kek buah-buahan dan muffin coklat. Walaupun rupanya tidak seindah mana tapi rasanya sedap..
Terima kasih http://sudipkayu.blogspot.com/ kerana dari situ saya belajar buat muffin coklat.

06 April 2009

Sweet 30
Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana sehingga ke saat ini aku masih bernafas dan masih dapat melihat dunia yang masih belum puas aku teroka. Aku masih lagi dapat melihat wajah suamiku, anak-anakku, mak, babah, adik-adikku dan orang yang amat aku sayangi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya tiada party..tiada kek..just ucapan dari orang-orang yang paling aku sayangi. Tapi aku sebenarnya rasa sedih sedikit kerana aku masih menunggu ucapan comel dari "orang-orang yang berkenaan" yang mungkin terlupa atau tidak ingat kot.
Semoga di usia begini, aku memperoleh kesihatan dan kehidupan yang baik dan sempurna. Masih banyak yang belum aku lakukan. Semoga Allah merahmati kehidupan aku selamanya. Amin.






01 April 2009

Wishlist di Bulan April

Hari ini 1 April 2009. Ya..April kembali lagi. Saya suka dengan bulan April. Kenapa? Kerana saya lahir pada bulan April begitu juga suami saya juga lahir pada bulan April. Lagi 4 hari usia saya akan bertambah. Oh! Saya tidak dapat terima hakikat usia saya akan meningkat lagi tapi bentuk fizikal saya tetap begini tidak membesar dan tidak mengecil. Mungkin pada pandangan umum tidak mempercayai saya telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata yang comel. Huhuhu..perasannya saya kan..tapi itu hakikatnya.hehehehe...
Saya selalu membayang alangkah indahnya jika saya banyak duit..hehehe..bukan saya mata duitan @ materialistik. Tapi saya mempunyai banyak barang @ gadjet yang saya idamkan dari dulu hingga kini masih tak dapat-dapat. Nak tahu apa barang yang saya idamkan:

Laptop supaya senang saya update blog saya dan bahan-bahan yang boleh menenangkan jiwa saya. Saya tak mampu memilikinya lagi tapi saya tengah berusaha untuk memilikinya.

Camera Nikon D60 (kalau tak silaplah) kerana saya amat teruja dengan camera jenis ini kerana macam-macam gambar boleh ambil. Saya juga tengah berusaha mengumpul dana untuk memiliki gadjet ini.

Dompet GUESS. Saya berharap agar suami saya ingat bahawa saya terlalu ingin memiliki dompet ini. Jika dia tak mampu lagi tidak mengapa, bila-bila pun tak kisah..janji dapat.

Set barangan make up Body Shop. Saya suka sekali jenama ini walalupun belum pernah mencuba selain perfume Ocean & White Musk yang sangat saya gemari dari zaman remaja lagi.

Percutian ke Korea. hu..hu..hu..syoknyer jika dapat melancong ke Korea bersama suami dan anak-anak saya. Saya suka sekali jika dapat melancong ke sana.
Semoga apa yang saya impi dan idamkan akan termakbul satu hari nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...