KAMU YANG SUKA SAYA

13 Mac 2009

Caca Merba

"Walau rupamu tidak kukenal tapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"


Kadangkala melalui blog ini kita tidak mengenali antara satu sama lain tapi kita masih boleh mengomen antara satu sama lain. Dari tidak kenal jadi perkenalan yang indah. Melalui blog ini kita boleh faham-memahami isi hati masing-masing. Walaupun ada yang hanya sekadar membaca dan melihat sepintas lalu. Saya bangga dengan blog saya sendiri walaupun ianya hanya baru setahun jagung dan tidak sehebat mereka yang terlebih dahulu. Walaupun ayat saya tidak sepuitis yang lain tidak seringkas manapun tapi saya tetap berbangga kerana saya rasa puas. Tidak salah rasanya saya meluahkan emosi di dalam blog ini.


"Inilah laman blog saya"


Semalam saya telah memberitahu laman blog saya kepada bos saya En. Mior. Nak sangat tengok dan bacakan. Silakan..En. Mior. Jangan takut saya tidak akan mengutuk atau mengata En. Mior dalam Blog saya. Walaupun panggilan engkau dan aku antara kita, saya masih ada rasa hormat pada En. Mior. Walaupun saya selalu ditegur (ertikata lain kena marahlah) dengan sengaja atau tidak sengaja saya simpan dalam hati saja. Biasalah..bos dan staffkan. Untuk hilangkan stress inilah laman yang membolehkan saya terus menulis kerana memang saya meminati bidang penulisan. Samada sudi atau tidak En. Mior membacanya, terpulanglah.


"Setia"


Setia? Memang saya masih setia di HSK ini bukan kerana saya terlalu sayangkan firma ini dengan gaji yang agak ciput tapi kerana saya tidak suka beralih-alih pekerjaan. Saya paling benci sessi temuduga yang penuh debaran dan gemuruh. Saya bencikannya! Biarlah apa orang nak kater kenapa saya masih setia di sini. Saya tidak ambil peduli walaupun gaji saya masih ciput. Bayangkan sudah masuk 6 tahun saya bersama HSK yang mana kawan-kawan saya Kak Effa, Kak Fieda, Kak Ziana, Kak Fae, Kak Siti, Kak Ita, Kak Piah dan Lina telah lama meninggalkan saya disini. Tapi bahagiakah mereka di sana? Tepuk dada tanya selera. Selagi firma ini sudi menggajikan saya, saya akan tetap setia disini dan pabila tiba masanya nanti saya pasti pergi jua.





Hari ini En. Laza belanja saya ice blended tapi bukan dari Starbuck ianya dari Kopi Satu. Enak juga rasanya yang membezakannya adalah brand dan harganya. Rasa lebih kurang. Terima kasih En. Laza..walalupun saya bukan staff En. Laza, En. Laza tetap mengingati saya.Ngee..tima kasih..lain kali belanja lagi ek!

09 Mac 2009

Marble Butter Cake

Weekend lepas..sambil2 buat kek yang orang order..aku try wat Marble Butter Cake pulak untuk makan2...sib baik menjadi dan nyum2....bwk kat opih..bebudak opih siap order lagi..ngeh!ngeh!..tak sia2 aku try buat...

03 Mac 2009

9 tahun sudahhh....


Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Kita..Sayang. Kadangkala begitu sukar untukku melafazkan kata-kata sayang
terhadapmu. Kadangkala begitu sukar untukku meluahkan betapa aku merinduimu setiap masa.Cinta dan Kasih Sayang inilah dapat aku berikan padamu. Aku bahagia hidup bersamamu. Semoga ikatan suci ini akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa kita.
4.3.2000-4.3.2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...