KAMU YANG SUKA SAYA

21 Januari 2009

MUH menang

Tiada bintang dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Untuk pertama kalinya aku sangat berpuas hati dengan keputusan AJL23 yang lepas. Aku sangat berpuas hati dengan kemenangan Lagu Untukmu dendangan MUH, walaupun pada mulanya aku tidak berapa menyukai lagu + kumpulan MUH tetapi selepas hari ini dan hari esok-esok, aku tetap suka dengan MUH.
Aku juga amat berpuas hati dengan ketidakkemenangan Abang Faizal Tahir, kerna aku tau MUH lagi layak. Tapi aku tetap berbangga kerna senior aku ni, telah jadi glamor seglamornya. Hai! Abang Faizal..masih ingatkah dikau kenangan di Sekolah Menengah Bukit Gading. Dengan keglamoran dia juga, membuat aku terkenang pada abang angkat aku (Abang Arman) yang mana teman seperjuangan dia waktu sekolah dulu. Mungkin dia telah lupa semuanya kot.

19 Januari 2009

Selamat Hari Jadi Kakak Balqis....

17 Januari 2009



Selamat Hari Lahir buat sang puteriku Fatin Farhana Balqis yang usianya telah menginjak ke 8 tahun. Dalam angan dan sedar, puteriku telah membesar. Bagi aku, puteriku tetap seperti 8 tahun yang lalu..Mama sangat menyanyangimu sayang..walaupun kemarahan dan kegarangan yang selalu Mama pamerkan namun jauh disudut hati Mama..Mama amat menyanyangimu sayang..kerna dikaulah yang bakal berjuang untuk kehidupan yang lebih terjamin dimasa hadapan. Be a good girl.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...