KAMU YANG SUKA SAYA

31 Disember 2008

Maal Hijrah 1430 vs Befday

Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430


Selamat tinggal 2008...Sekelip mata dah mejangkau tahun 2009..
Dan sekelip mata juga umurku akan makin bertambah menjelang April nanti
Apa yang aku harapkan untuk 2009 ini, semoga perjalanan hidupku sekeluarga akan berjalan lancar seperti tahun 2008.
So, untuk 2009 ni aku harap aku akan lebih berusaha dan berazam untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

***************************************************************
4 Januari 2009
Selamat Hari Lahir untuk bos aku En. Mior Nor Haidir.Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kahwin. Jangan selalu hangin tau!!!!
***********************************************************************************
6 Januari 2009
Hari ini, Firhan Qayyum mula bersekolah Tadika. Aku risau sebenarnya, sebab anak lelaki aku ni agak manja sedikit. Aku risau dia takmo pergi sekolah. Dan memang benar sangkaan aku. Pada mulanya memang Qayyum langsung takanak masuk ke kelas. Tapi lama-kelamaan dia masuk jugak dengan syarat aku duduk depan mata dia. Aduh!!!parah aku dibuatnya..hari esok dan hari seterusnya mak ngan babah aku yang kena hantar dia ke sekolah walaupun dalam keadaan menangis.



Rangkuman Ucapan Harijadi

16 Disember 2008
Selamat Hari Jadi Maimun..Aku berdoa semoga kau akan dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi menempuh kehidupan di alam fana ini. Walaupun kita bekerja satu bumbung namun aku tetap mengingati kau sentiasa..Semoga persahabatan ini tidak akan terputus sampai bilabila. Hadiah kau akan ku titipkan satu hari nanti ek.
******************************************************************************************
20 Disember 2008
Selamat Hari Jadi Murni Adikku yang tercinta. Kakak harap dengan pertambahan umurmu ini akan mengubah kehidupanmu. Jadilah insan yang berguna dan berjasa pada semua orang. Kakak juga berdoa semoga umurmu makin panjang, rezekimu makin bertambah dan bertemu jodoh yang sesuai. Sayangilah keluarga-keluargamu yang sentiasa mendoakan kebahagianmu.
*****************************************************************************************
24 Disember 2008
Cuti umum lepas jadual harianku padat dengan aktiviti...
Sekali lagi aku bawak anak-anak pergi menonton wayang Cicak Man 2 Planet Hitam..
Bagi aku lebih seronok dan mantap Cicak Man 1 dari Cicak Man 2
Jalan cerita kurang jer..cuma ditambah dengan watak di Rhama
lain-lain bagi aku biasa jer...apa-apapun anak-anak aku enjoy....itu lebih penting.
*******************************************************************************************
27 Disember 2008
Selamat Hari Jadi Firhan Qayyum yang ke 4 tahun....
Mama berharap semoga Adik cepat membesar...
Dikurniakan kesihatan yang baik...
Jadi anak yang soleh...
Dimurahkan rezeki....
Mama Sayanggggg...Adikkkk.....
Rajin-rajin pergi sekolah tau...

10 Disember 2008

Fatin Farhana Balqis

Musim cuti sekolah ni..jadual dihujung minggu memang padat..bukan berjalan tapi dengan kenduri-kendara. Cam minggu lepas, Moksu aku buat kenduri berkhatan anak bongsu dia. Cukup meriah..macam kenduri kahwin. Dan memang tradisi keluarga sebelah Mak aku bila buat kenduri berkhatan mesti siap ada pelamin dan kompang dan paling penting mesti ada "Pengantin Cilik". Setahu aku..setakat aku hidup hingga ke hari ini, aku belum tengoklah ada majlis berkhatan yang siap ada pengantin. Selalunya hanya budak yang nak dikhatankan sahaja akan diiring dengan paluan kompang tapi memang tradisi keluarga kami mesti ada "Pengantin Cilik". Dan anak sulungku Fatin Farhana Balqis untuk kali kedua dijadikan pasangan "Pengantin Cilik" tersebut. Dia memang suka bab berhias ni. Bermula dari awal "Pengantin Cilik" diarak dengan paluan kompang, kami sekeluarga dah tergelak sakan rasa kelakar..pasti orang yang lalu lalang yang tidak tahu hujung pangkal pasti akan tertanya-tanya siapa lak yang kahwin ni. Naper budak kecik lak yang kawin? Sampai ada orang berhenti ditepi-tepi jalan untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku. Rugi tak panggil TV3. Dari diarak dengan paluan kompang, "Pengantin Cilik" ini akan disandingkan di pelamin. Bukan pelamin angan..dan bukan pelamin mainan..tapi pelamin betul tau. Disandingkan bak Raja Sehari. Bukan sahaja pengantin jer yang cilik..pengapit pun budak-budak cilik gak.. Kemudian ditepung tawar lagi. Kami yang berada disekeliling pelamin tersebut, dah tergelak-gelak..rasa cam kelakar. Tapi aku solute anak aku..langsung tak rasa nervous..atau malu-malu. Siap control ayu lagi..Adik sepupu aku lak yang malu-malu..Tidak cukup jika tiada meja makan beradap untuk pengantin..itupun disediakan oleh kami khas untuk "Pengantin Cilik". Tetamu yang datangpun pelik bila lihat paranormal ini..yelah..dijemput kenduri berkhatan tapi ada pelamin. Siapa yang berkahwin? Tapi inilah tradisi keluarga kami (Ibrahim's Family) yang aku rasa patut dikekalkan untuk keunikan tradisi. Harap-harap ianya akan dikekalkan hingga generasi akan datang. Harap maklum gambar-gambar belum update lagi..tunggulah sikit masa lagi.

03 Disember 2008

Madagascar Movie

Lama jugak aku tak update..
Bukan aper..takdak idealah...
Argh!!!!!aku kebuntuan...
Ahad lepas...
aku pergi bawak anak-anak aku pergi berjalan
sambil tengok wayang kat One Utama Damansara
citer Madagascar escape 2 Africa
Anak-anak aku memang suker tengok wayang
Biasalah dengan budget yang ciput
hanya dengan cara tengok wayang ker
main bowling ker..jer yang boleh aku buat
untuk menghiburkan hati aku dan anak-anak
Nak pergi bercuti...budget takdelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...