KAMU YANG SUKA SAYA

20 November 2008

Love Forever

Kadangkala kenangan lalu menggamit hati dan perasaan ini. Adakah ianya dapat berulang kembali?Tidak mungkin sama sekali!. Alangkah bahagianya bila terkenang saat-saat kemanisan zaman percintaan.Teringat kembali kenangan dahulu..saat-saat aku disatukan dengan Hubby Rashidan Ab Karim. Walaupun pada awalnya pelbagai rintangan yang terpaksa aku lalui akhirnya kami disatukan pada 4 Mac 2000. Bahagia? Lumrah kehidupan setiap insan dimuka bumi Tuhan..adakala kita berasa sangat bahagia dan adakalanya kita akan berasa tidak bahagia. Tapi aku tidak kisah dengan lumrah itu kerana kita dicipta untuk saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Selagi boleh aku akan cuba membahagiakan Hubby aku dan membahagiakan diri sendiri.


Perkenalan aku dan Hubby bermula di Pos Malaysia Daya Bumi (PMDB). Habis sekolah Form 5 aku dan kawan-kawan (Angah, Tini, Ijam Toman, Azim, Noh, Izat, Imah) buat part time kat PMDB sementara dapat result SPM. Dalam pada sibuk bekerja Hubby akupun sempat jeling-jeling mata kat aku. Pada mulanya aku tak berkenan dengan Hubby aku. Tak tau naper. Tapi dari kesungguhan dia menackle hati aku..lama-lama cair jugak hati aku. Hehehe....Dari saat itu bermulalah detik percintaan kami. Setelah lama menjalin percintaan, Hubby akupun melamar aku dan pada 5 Mac 1999, kami bertunang. Lebih kurang 2 tahun usia pertunangan kami, begitu banyak rintangan yang kami tempuhi akhirnya tibalah hari-hari yang dinanti-nantikan. Tanggal 4 Mac 2000 aku sah menjadi isteri kepada insan yang bernama Rashidan Ab Karim. Saat itulah adalah kenangan paling indah dalam hidup aku.



Menjelang 2 bulan usia perkahwinan aku, aku dikhabarkan dengan berita yang menggembirakan. Aku telah disahkan mengandung. Kwang!Kwang!Kwang!. Seronok sangat dan seakan tidak percaya bahawa aku bakal menjadi seorang Mama dan Hubbyku seorang Babah. Memang pada awalnya, kami mahu enjoy dulu hidup berdua sahaja tapi disebabkan aku mengalami senggugut yang agak teruk, aku mengambil keputusan untuk mengandung jer..sebab tak tahan asyik senggugut jer. Setelah diimbas, aku dimaklumkan bakal memiliki anak perempuan. Wah! aku begitu teruja sebab memang itu aku inginkan. Tanggal 17 Januari 2001, lahirlah seorang puteri yang sangat comel kedunia ini. Dan aku namakan sang puteriku itu Fatin Farhana Balqis seberat 2.73 kg di Hospital Selayang. Segala kasih sayang aku curahkan buat anakku yang tercinta. Tiada belah baginya. Baru aku sedar betapa bahagianya melahirkan anak. Dan baru sedar susah payah Makku selama ini melahirkan kami 3 beradik. Terima kasih Mak. Dari usia sehari sehingga kini berusia 7 Tahun, Balqis tidak memberi sebarang masalah padaku. Balqis anak yang pandai berdikari walaupun kadang-kadang agak payah jugak dengar kata. Mama sayang Fatin Farhana Balqis.



Tahun 2004..aku mengandung lagi buat kali kedua dan kali ini aku berharap sangat kandungan aku anak lelaki.Baru cukup sepasang kan. Sewaktu awal kandungan, aku suka sangat beli kereta mainan..tidak tahu mengapa? Naluriku barangkali. Kali ini aku tidak boleh bau badan Hubby aku walaupun pakai perfume dan paling benci sekali bau durian yang sebelum ini memang aku hantu durian. Dan aku juga tidak boleh minum air masak/putih. Sekiranya aku minum, pasti muntah balik. Dan sepanjang aku mengandung kali ini, hanya air manis jer yang aku boleh minum. Nasib baik tak kena kencing manis. Dan setelah diimbas, sah aku mengandung anak lelaki.Wah!sekali lagi rasa seronok.Sehari selepas Tsunami melanda.,aku juga turut dilanda tsunami..hehehe..nak bersalinlah..Sepatutnya jangkaannya ialah pada 4 Januari 2005 tapi tulah akibat gegaran tsunami, anak aku pun tak sabar nak melihat dunia ini. Tanggal 27 Disember 2004, maka lahirnya putera yang comel lagi hensem (perasan sendiri) yang kuberikan nama Firhan Qayyum seberat 3.45 kg di Hospital Pusrawi. Akulah insan yang kami bahagia saat itu, kerana Allah telah mengurniakan sepasang anak buat aku yang kerdil di dunia pinjamannya ini. Aku bersyukur sangat dan terlupa seketika saat-saat kesakitan sewaktu melahirkan mereka. Begitu juga dengan Qayyum, dari awal kelahiranya sehingga kini 4 tahun, tiada banyak ragamnya. Walaupun kadangkala ada juga kenakalan yang masih dapat dikawal. Mama sayang Adik.

Kesimpulannya, aku berharap semoga keluarga aku akan bersama dan bahagia buat selamanya. Semoga anak-anakku akan menjadi orang yang berguna dan berjaya.Amin.

11 November 2008

Aku dan ceritaku

Agak lama aku tidak update blog ini
Bukan apa..agak bz sedikit 2-3 minggu ini
Banyak cerita yang nak dikongsikan
Antaranya :-

2 November lepas berlangsungnya perkahwinan adik sepupu aku Dik Not @ nama sebenarnya Nor Bazilah. Memang majlis perkahwinan ini seluruh keluarga kami (Ibrahim Family..namatu sempena nama arwah datuk aku..ayah kepada Mak Akulah yang mempunyai 9 adik beradik)menanti-nantikannya kerana sudah agak lama jugak tiada majlis perkahwinan maklumlah sepupu aku ini ada yang masih kecil2 lagi..yang besar lak dah abis kawin.Meriah memang meriahlah..tak pasal-pasal aku gak kena rewang (tak tau dlm bahasa apa tapi orang kampung panggil acara gotong royong ni rewang). Seronok gak..rasanyer inilah kali pertama aku buat rewang selalunya orang-orang tua jer. Dan aku diantara orang yang sentiasa diperlukanlah. Aku harap semoga Dik Not ngan Aziz bahagia selamanya.


3 November lalu lak anak sedara aku lak Khalish Danish masuk Hospital KPJ kat Kajang..paru-paru masuk kuman.Cian Danishkan......waktu aku pegi melawat Danish..bila jumpa anak-anak aku terus cergas..





Dan sepanjang awal bulan November ini kehidupan aku agak bz sedikit dengan kerja-kerja yang agak bertimbun.Aku buntu..tidak tahu yang mana satu harus diselesaikan.Mungkin slowly boleh habis kot..Aku lupa sejenak dengan kawan-kawan aku diluar sana tapi saat ini aku tetap merindui mereka.Aku dusah tiada masa nak beremail-email ngan dorang.Waktu aku terlalu terhad. Kepada sahabat-sahabat aku yang terlalu aku rindui..maafkan daku kerana terlalu lama tidak mengirimkan khabar berita kerana masa tidak mengizinkan. Harap korang memahami situasi aku sekarang.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...