KAMU YANG SUKA SAYA

21 Julai 2008

Aku dan Kesedihan

Minggu ini ada dua perkara dalam hidupku. Satu berita gembira dan satu lagi berita sedih. Apa yang menggembirakan aku proses pembelian rumah idamanku telah berjaya dan berita sedihnya Kak Fieda akan meninggalkan aku.Minggu ini adalah saat-saat terakhir buat aku dan Kak Fieda ("Kakak Manjaku")Kesedihan ini tak dapat aku gambarkan..Terlalu sedih... Air mata ini tanpa segan silu asyik mengalir jer semenjak dari awal aku mengetahui Kak Fieda akan berhenti kerja.
Aku terlalu sayangkan persahabatan antara aku dan Kak Fieda..terlalu...(cam org bercintan lak)Tapi..ikhlas..Kak Fieda terlalu baik sebagai seorang sahabat..Dialah tempat aku curah segala-galanya isi hati aku...Mungkin dia lebih tua dari aku (tapi taklah tua sgt pun beza setahun jer..namanyer tua tapi perangai gilo2..)hehehe..jgn mare Kak Pid.Dan bukan takder kawan lain..tapi dengan Kak Fieda yg satu kepala ngan aku..




Hari ini tanggal 25.7.2008 merupakan hari terakhir aku ngan Kak Fieda..berakhir sudah episod persahabatan kami disini..Aku cuba melawan kesedihan yang melanda jiwaku..tapi tak boleh. Aku gagal melawannya..masa Ina resign dulu..aku boleh control (tu kerna terpaksa)..tapi kali ini aku gagal..aku gagal mengawal kesedihan aku..hati aku tika ini terlalu sedih..aku kehilangan kakak yang paling aku sayang..terlalu sayang..
Kak Fieda..tak kesian ke Kak Fieda pada orang?(buatper nak kesiankan) Kesian orang kak..tinggal sesorang kat sini..memanglah ada yang tinggal kat sini..tapi tak sama dengan akak..mesti orang akan rindu dengan suara akak... Begitu banyak suka duka yang aku lalui bersama Kak Fieda..saat manis..saat duka..segalanya hanya Kak Fieda yang tahu. Sekarang....pada siapa harus aku luahkan..tiada siapa. Memang hakikatnya aku boleh mengadu padanya namun tak berapa bestlah dalam tipon..nangispun sesorang..
Hidup harus diteruskan demi sesuap nasi.. tapi..entahlah..aku gagal mengawal emosi...aku masih bersedih lagi..terlalu sedih..mencurah-curah air mata aku kluar ini..taknak berhenti lak tu..malu gak..sampai Bos aku tak berani nak tegur.hehehe..sorilah Boss..aku ni sensitif sikit.















15 Julai 2008

Rumahku Syurgaku


Last month..aku dan Mr. Suami serta anak-anakku pergi ke Saujana Utama Sungai Buloh
Tujuannya..saja-saja jalan..sambil tengok-tengok design rumah terbaru
Nak belilah kononnya..tapi ntah mampu ke idak..
Mula-mula kami pegi ke Pristana tengok rumah contoh jenis "town house"..
memanglah cantik tapi yang tak syoknya..atas orang lain..bawah orang lain..
"Eiii..xmolah" kataku pada Mr. Suami,
"Buatper... nak gado pun org lain dengar"
Murah..mmg murah...tapi takmolah..
Pastu kitaorang pegi lagi satu rumah contah Saujana 3 "Phase 5"..
Hati aku dah berkenan pada rumah jenis "Greenwoods" (rumah contoh)
Tapi takde niat langsung nak beli pun
Pastu..kami pun balik.
Minggu depan Mr. Suami ajak aku pegi sekali lagi..
Kali ini dengan niat nak membooking lak..RM2,000
Alamak..nak kena kluar duit lak..
Tapi xperlah..demi masa depan.
Perkara ini aku x sebarkan pada sapa2 lagi..even pada Balqis mahupun Qayyum (walaupun diorg tu bukan tau apa2 pun)
Pada ibubapaku jugak tidak..bukan aper..tunggu sampai loan approve baru nak bagitau..
Dan orang pertama yang tahu Kak Fieda..sebab dialah tempat aku bermanja (manja ke?)...hehehe..
Dan sehingga ke hari ini masih dalam proses pinjaman kat bank..berapa lama daa..? Mr. Suamilah nie..aku suruh push Bank..Mr. Suami kater sabar2..Sabar sampai bila..sampai muka aku ditumbuhi jerawat yang luar biasa sangat..Menyampah aku...Tapi sesungguhnya..orang yang sabar tu ada ganjaranya.

11 Julai 2008

Tentang Aku...

Salam berblogging...
Namaku Marlini Binti Matusan. Lahir pada 5 April 1979 di Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan. Kini dan selamanya aku masih tinggal di Sungai Buloh.
Aku ada 3 orang adik beradik, Aku Marlini, Maziah dan Murni..semuanya pompuan. Abahku Matusan Bin Mohd Salimin dan Makku Zainab Binti Ibrahim.
Aku isteri kepada Encik Suami Rashidan Abd Karim. Mama kepada 2 orang anak, Fatin Farhana Balqis & Firhan Qayyum.
Aku seorang kerani di firma guaman. Kini dan selamanya keje ngan loyer.
Sebelum ni..aku hanya menyibukkan diri membaca blog2 orang lain. Pertama kali aku terpikat ngan blog ni setelah membaca blog kimi, adik chambering yg pernah buat chambering kat HSK dulu..Aku suker sangat baca blog dia. Lama-lama jadi seronok kalu ada blog sendiri. Seronok jugak kalu ada blog sendiri..boleh luah perasaan..ala-ala cam Diarylah..Dulu-dulu aku rajin gak tulis diary..tapi sejak kawin + beranak pinak ni..cam malas + takde masa..
Setelah blog aku siap dengan bantuan kimi & am aku mula terpikir...ada ker orang nak intai2 blog aku nih? Dengan berperasangka baik..apa tujuan aku nak buat blog ni...hanya sekadar untuk luahan-luahan rase...tidak pada orang lain tp untuk diri sendiri...aku terus mengentry...
Orang kater biar dari bawah...nanti lamer2 naik ke atas jugak...so, sesaper yang sudi sila jadi rakan blogging saya.
Selamat Datang ke Blog Saya......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...